Refund & Returns Policy

Effective: 24 October 2026 · SKATESCAPE SDN BHD (Registration No. 202401050256 (1596100-W))

This policy applies to purchases online (skatescape.com.my), at our outlets and at events. It does not affect your rights under the Consumer Protection Act 1999 and the Sale of Goods Act 1957: goods must be of acceptable quality, fit for purpose and match their description.

1. Faulty, damaged or wrong items

2. Change of mind or wrong size

We are happy to help if you change your mind or chose the wrong size:

3. Items that cannot be returned for change of mind

These can still be returned if faulty or not as described:

4. Sets and promotions

5. Warranty

6. Orders and pre-orders

7. Classes, trials and coaching

8. How refunds are paid

9. How to return or claim

Contact us first at [email protected] or WhatsApp 011-1107 3227 with your order number or receipt and the reason. For outlet purchases, you may also visit the outlet where you bought the item. Please do not send items back without contacting us, so we can tell you where to send them.

Return address: SKATESCAPE SDN BHD, No. 3G, Jalan Puteri 3A/3, Bandar Puteri Bangi, 43000 Kajang, Selangor.

---

POLISI PEMULANGAN & BAYARAN BALIK (Bahasa Melayu)

Berkuat kuasa: 24 Oktober 2026. Polisi ini tidak menjejaskan hak anda di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan Akta Jualan Barangan 1957.

1. Barang rosak, cacat atau salah

Maklumkan kami dalam 7 hari selepas menerima barang (dengan gambar jika rosak semasa penghantaran). Kami akan membaiki, menggantikan atau membuat bayaran balik seperti yang dikehendaki undang-undang; bagi kecacatan serius anda boleh memilih penggantian atau bayaran balik. Kos penghantaran pulang yang munasabah ditanggung oleh kami.

2. Tukar fikiran atau salah saiz

3. Tidak boleh dipulangkan kerana tukar fikiran

Barang clearance/terpakai/"as-is", kasut roda yang telah di-heat-mould atau diubah suai atas permintaan anda, barang kebersihan yang telah dibuka (stoking, liner), kad hadiah dan kredit kedai, serta perkhidmatan yang telah dilakukan. Barang ini masih boleh dipulangkan jika rosak atau tidak seperti yang diterangkan.

4. Set dan promosi

Set dijual sebagai satu barang; pemulangan tukar fikiran mesti melibatkan keseluruhan set. Jika barang dengan tawaran kelas dipulangkan, tawaran tamat dan nilai kelas yang telah digunakan boleh ditolak.

5. Waranti

Waranti 1 tahun bagi kecacatan pembuatan (kecuali dinyatakan lain). Tidak termasuk haus biasa (roda, bearing, brek, liner), kemalangan, salah guna atau pengubahsuaian bukan oleh kami.

6. Pesanan dan prapesanan

Pesanan yang telah dibayar boleh dibatalkan untuk bayaran balik penuh sebelum dihantar atau diambil. Prapesanan boleh dibatalkan untuk bayaran balik penuh jika barang belum tiba 30 hari selepas tarikh anggaran.

7. Kelas dan latihan

Yuran pendaftaran dan kelas percubaan tidak dikembalikan selepas kelas berlangsung; tempahan boleh ditukar dengan notis 24 jam. Jika pakej kelas dibatalkan, sesi yang belum digunakan dikembalikan selepas ditolak sesi yang telah dihadiri (pada kadar kelas tunggal biasa) dan yuran pentadbiran 5%. Jika kami membatalkan kelas, sesi ganti diberikan.

8. Cara bayaran balik

Dalam 7–14 hari bekerja ke kaedah bayaran asal, melalui pindahan bank (bagi tunai/pindahan bank), atau kredit kedai jika anda mahu. Pembelian Atome dikembalikan melalui Atome.

9. Cara memulangkan

Hubungi kami dahulu di [email protected] atau WhatsApp 011-1107 3227 dengan nombor pesanan atau resit dan sebabnya. Alamat pemulangan: SKATESCAPE SDN BHD, No. 3G, Jalan Puteri 3A/3, Bandar Puteri Bangi, 43000 Kajang, Selangor.